Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah SAW. Bimbinglah dirinya, terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukur kerana dipertemukan dengannya

Thursday, June 21, 2012

♥ Cintai Aku Dalam Ketidaksempurnaanku ♥

Bukan paras rupa yang ku pandang...
Bukan harta yang ku nilai...
Hanya cinta Halal yang ku damba...

Cintai Aku Dalam Ketidaksempurnaanku
Ketika ketidaksempurnaan membuat kita menghargai akan sebuah nilai kelebihan..
Ketika semua kelemahan dipertanyakan.. Seharusnya keluasan dan keikhlasan hati menjadi jawapannya... Kerana Allah mempertemukan kita dalam semua kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kita masing-masing.. Dan dengannya kita menjadi sempurna...

InsyaAllah...
Bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya,
Bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurga-NYA,
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

CINTA KERANA ALLAH
Simpanlah segala bentuk ungkapan cintamu dan "kunci’' hatimu rapat-2 hanya untukku kerana ALLAH, maka DIA akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat....

Izinkan Aku Mencintaimu Kerana Allah
″Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
″Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau beralih arah …
″Ketika aku mendoakanmu tanpa engkau tahu …
″Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
″Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
″Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
″Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
″Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
″Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
″Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
″Ketika aku menjaga rahsiamu …
″Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan..
Dan... ″Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan...
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu… Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah…

. s u a r a h a t i . a y a k o c h a n .

No comments: