Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah SAW. Bimbinglah dirinya, terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukur kerana dipertemukan dengannya

Sunday, June 17, 2012

"HAPPY FATHER'S DAY" for me is.....make me SAD !

Malam ni tetiba air mata aku mengalir mungkin sebab ramai yang wish "HAPPY FATHER'S DAY" kowt..! 8 tahun dah papa pergi,, kalau tak silap masa tu aku tingkatan 1.. Sebenarnya dah lama aku tak menangis sebab teringatkan papa.. Bukan tak ingat apa,, biarlah mengingati di setiap iringan doa kita je kan... 
Mula-2 dulu aku tak bole terima papa aku dah tak ada,, SENSITIF sangat ! kalau orang tertanya pasal papa aku teross je menangis..sampai orang tu rasa bersalah sebab tertanya.. Uhh! Lama kowt,, hampir bertahun jugak la baru aku bole terima kenyataan.. Mungkin kerana aku dengan adik rapat sangat dengan papa berbanding dengan mama,, tu yang susah sikit nak terima kenyataan bila papa dah pergi..
Bagi aku papa paling BEST dalam dunia ni,, bila aku dengar cerita dari kawan-2 pasal bapak dorang aku tetap rasa papa aku paling TERHEBAT !! tapi setiap orang memiliki kelebihan masing-2...jangan lupa taw ! Sebenarnya bapa korang tu TERHEBAT SANGAT !! Hargailah dia keyh sebelum korang kehilangan dia..
Aku terpisah masa usia aku muda lagi,, masa kecik pon aku dengan adik tak selalu dapat bersama dengan papa.. Mungkin dah ketentuannya kami tak dapat hidup bersama-sama,, jarang sangat aku dapat jumpa papa.. bila cuti sekolah or Hari Raya baru papa amik aku dengan adik balik ke kampung papa.. Seronok sangat dengan papa!! Papa bukan orang senang..ada duit pun cukup-2 untuk tanggung diri dia sendiri,, papa tak ada apa-2 pun tapi papa SANGAT BAIK.. Pernah dulu,, waktu tu umur aku tak sampai pun 10 tahun kiranya masih sekolah rendah lagi la.. papa kerja 1 hari tak balik rumah,, dekat-2 pukul 10 baru balik..rupa-2 nya papa amik upah nyawet buah kelapa sawit untuk duit belanja sekolah aku dengan adik.. masa tu balik-2 je mestila lapar kan tapi yang sedihnya lepas habis makan baru papa perasan ayam goreng yang papa makan tadi dah bertelur lalat....papa terkejut! Aku pun terus sedih tapi aku tak menangis depan papa..aku tak nak papa tawu yang aku sedih ! Aku kesian kan papa,, kalau dulu nak cari RM250 dalam masa 1 hari betapa susahnya..pernah aku nampak dia termenung dekat tangga rupa-2 nya dia memikirkan apa yang dia nak bagi untuk aku dengan adik... tapi masa tu ada yang meragui duit yang papa bagi tu...papa tak cakap apa-2 pun,, biar aku je yang tawu dari mana datangnya duit tu sampai malam papa kerja semata-mata untuk kami.. Bagi aku kehebatan papa bukan terletak pada apa yang dapat dia bagi untuk aku....tapi KASIH SAYANG yang tak dapat di ganti dengan apa pun nilai yang berharga dalam dunia ni..
Mungkin pada mata orang ramai papa tiada nilai apa pun,, tapi bagi aku papa seorang yang bertanggungjawab sebab papa tak pernah lupa dengan anak-2 dia.. Papa seorang yang sangat rajin,, papa kreatif,, kelakar....aku rindu sangat dengan papa!! alangkah seronoknya kalau boleh aku putar balik zaman kanak-2 aku....pasti aku akan lebih menghargai saat bersama-2 dengan papa.... tapi sayang masa mencemburui aku dengan adik untuk bersama dengan papa.. Aku teringin sangat nak jadi macam papa,, papa seorang yang tabah,, seorang yang cekal hatinya.. Sebab aku je boleh menilai kehebatan papa,, aku tawu orang lain anggap papa aku tak berguna tapi papa tak pernah amik kisah apa orang lain cakap pasal dia.. Bila orang lain menjatuhkan dia,, herdik,, caci,, pukul,, hina.....papa tak pernah pun melawan. Sekarang bila aku dah besar,, aku mula berfikir betapa beruntungnya aku memiliki seorang bapa seperti "papa".. Sebab sehingga sekarang aku masih belum pernah lagi jumpa orang seperti ni.. Aku masih ingat pesanan papa "Eli dengan adik jangan ikut atau jadi macam papa...papa ni tak guna,, jahat !! nanti Eli dah besar jadi orang yang baik dan berguna taw !!"... Aku tak tawu apa-2 masa tu,, tapi aku tak kasi papa cakap macam tu...sebab papa kan baik cuma papa ditakdirkan untuk hidup macam tu.. lebih susah sikit dari orang lain..
Kita kena ingat !! Walaupun seluruh mata melihat hanya ada yang buruk sahaja pada diri kita tapi selagi kita masih bersabar dan tidak menyalahkan takdirnya Allah meninggikan darjat seseorang tu,, walaupun kita rendah pada pandangan manusia tapi belum tentu kita rendah pada pandangan Allah.. kerana kita tak nampak pengitungan Allah.. Alangkah mulianya engkau bapaku!! semoga engkau mendapat perlindungan disisinya dan ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman..
Masa aku kecik-2 dulu aku selalu berdoa... Aku mintak Tuhan "ambil lah nyawa bapaku andai itu jalan terbaik supaya orang tak memandang hina nya lagi",, aku relaaaaa!! Dan akhirnya Tuhan memakbulkan doa aku.... Papa pergi tinggalkan aku dengan adik tanpa dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir.......bagaimana rasa dunia aku masa tu,, aku bukan seorang yang kuat untuk terima semua tu..
Kepergian papa sangat berat buat aku !! tapi semua ni mengajar aku menjadi seorang yang kuat yang tak semua orang boleh merasakannya.. Aku bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna,, bagaimana dalam seusia 3 tahun aku sudah dilihatkan dengan konflik-2 kekeluargaan dan aku pun dah boleh menilai...dulu aku hanya boleh menagis je,, bila terjadi depan mata aku....aku benci dan marah dengan orang yang menyentuh walau sedikit pun tubuh bapa aku. Kenapa papa!! kenapa papa tak pernah nak melawan.. kenapa papa tak nak berkata perkara yang sebenar.. kenapa orang lain tak boleh nak percaya semua kata-2 papa.. kenapa takdir papa begitu perit untuk ditanggung.. Masa tu aku tak boleh nak buat apa-2,, aku masih kanak kecik yang tak ada daya nak lakukan sesuatu...yang aku mampu hanya menangis! menagis! menagis!! sebab papa diperlakukan sebegitu.. sekarang bila aku dah besar,, aku terfikir kenapa aku tak mampu nak lakukan sesuatu untuk papa masa tu.. kalau la bole aku kata papa tak ada buat benda yang salah..alangkah baiknya!
Zaman kanak-2 aku tak sama macam orang lain tapi aku tak bole nak salahkan sapa-sapa.. Aku cuma ada nenek yang paham aku.. aku pun tak rapat dengan mama macam orang lain.. tapi aku pun tak bole nak salahkan mama!! Mungkin mama sibuk kerja untuk tanggung aku dengan adik sampai terlupa tentang kami.. Aku tak biasa dengan mama,, senyum ketawa aku pun semua dengan nenek tapi sedih aku tak pernah aku kongsi dengan sesapa pun mahupun nenek sebab aku malu !! Mungkin ni la takdir aku,, Tuhan tak beri apa yang aku harapkan tapi sebenarnya Tuhan lebih tahu apa aku perlukan.. Dari kecik aku dah mula belajar benda yang orang lain belum tawu.. mungkin tu la sebabnya kita boleh berfikir melebihi apa yang sebenarnya kita boleh capai.. kadang-2 luaran kita tak sama dengan apa yang ada di dalamnya.. 
Aku bersyukur,, sekurang-2nya aku masih ada mama dan nenek.. Dan aku sayangkan mereka!! aku kena ingat yang aku masih beruntung dan masih ada orang yang bernasib lebih buruk dari aku.. Kalau dulu aku selalu berkata "kalau la aku masih ada papa mungkin hidup aku akan lebih baik dan bahagia" tapi mungkin hidup aku yang lebih baik dan bukan untuk papa...jadi Allah takdirkan papa pergi dulu sebab itu yang terbaik untuknya.. Sekarang aku terima segala ketentuannya,, hidup mesti diteruskan.. yang pergi tetap akan pergi.. Semua ni mengajar aku erti kehidupan sebenar dan aku patut bersyukur sebab aku dah dulu dilihatkan sebelum orang lain dapat melihat.. Sebab bukan semua orang dapat merasa apa yang aku rasa...
Tapi sekarang,, Eli dengan adik bangga sangatttttt jadi anak papa dan mama.. Walaupun papa dah tak ada,, yang pertama Eli mendengar perkara yang baik dari mulut orang tentang papa..nak menitis air mata bila teringatkan balik !! Sesungguhnya tak kan termampu Eli kalau diberi ujian sehebat papa.. Dan akhirnya,, papa damai lah disana... Walaupun pada akhir-2 waktu tu kita tak dapat bersua tapi semoga kita dipertemukan disana kelak..
Tak ada manusia yang sempurna,, walaupun banyak kekurangan pada kami yang tak dapat papa dan mama sediakan,, kami ikhlaskan sebab kami sayangkan papa dan mama.. Dan kami nak papa damai disana,, akhir kata dari anak papa......

I KNOW U ENOUGH !! U ARE MY BEST FATHER IN THE WORLD...
YEAH!! NOTHING CAN CHANGE U ANYMORE............I LOVE YOU FATHER SO MUCH !!

. s u a r a h a t i . a y a k o c h a n .

No comments: